Tuesday, February 26, 2013

Bas

Aku naik bas,
Bas awam yang usang,
Yang selalu aku ikut.

Aku suka bas,
Bas awam yang lusuh,
Yang orang kebanyakan pun ikut.

Bunyi injin tuanya,
Bau minyak hitamnya,
Mahupun orang-orang di dalamnya.

Ada tua ada muda,
Miskin dan mungkin juga kaya.
Tapi semua sama rata,
Duduk di bangku yang sama nipisnya.

Di tiup angin kota,
Di ratah debu dan teriknya bandaraya,
Yang duduk dan berdiri pun
Tambangnya tetap sama.

Sebab itulah aku naik bas,
Semua adalah sama,
Baik yang miskin ataupun kaya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...